sponsor by

Mat Dalam Cabar Shabery Di Kemaman

Author: Mohd Muzammil



Mat Dalam Cabar Shabery Di Kemaman

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek akan menghadapi tentangan dalam pemilihan timbalan ketua Umno Bahagian Kemaman apabila Mat Dalam Awang, 55, mengumumkan beliau menawarkan diri untuk jawatan itu.

Mat Dalam, bekas Pengerusi Tetap Umno Kemaman datang sendiri ke pejabat Siasah dekat sini bagi memaklumkan perkara itu.

“Kenapa saya mahu mencabar Shabery senang sahaja. Kerana Umno Kemaman memerlukan seorang yang boleh memberikan fokus kepada bagi kerpentingan ahli bahagian ini,” katanya kepada Siasah.

Sedangkan, katanya, Shabery gagal berbuat demikian dan banyak menghabiskan masanya di Kuala Lumpur.

“Umno Kemaman memerlukan timbalan ketua bahagian yang bekerja secara sepenuh masa untuknya bagi membantu ketua bahagian yang kini adalah Menteri Besar,” kata Mat Dalam yang terkenal dengan panggilan Penghulu Dalam ini.

Ketua Bahagian Kemaman adalah Datuk Ahmad Said, MB Terengganu sekarang.
Dalam mengakui, Shabery memang pandai bercakap.

“Sebab itu dia boleh berdebat dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) baru-baru ini. Tetapi kerja belum tentu bahkan tidak,” katanya kepada Siasah.


Atas dasar itu, katanya, dia menawarkan diri untuk bertanding timbalan ketua bahagian yang disandang oleh Shabery sekarang bagi memantapkan jawatankuasa Umno bahagian Kemaman itu.

Menurut Dalam, ketika perasmian mesyuarat agung berkelompok cawangan-cawangan Umno bahagian Kemaman pada 17 dan 18 Julai baru-baru ini Shabery tidak menghadiri.

Selain itu, Dalam mendakwa, ahli Umno marahkan Shabery kerana kegagalan beliau mempertahankan dasar kerajaan dalam debat dengan Anwar baru-baru ini.

“Bagi saya, Shabery tidak patut berdebat dengan Anwar baru-baru ini. Inilah masalahnya apabila Shabery tidak sedar Anwar bukan calang-calang orang untuk berdebat dengannya,” kata Dalam kepada Siasah.

Selain itu, katanya, Shabery juga gagal mematuhi peraturan biasa dalam debat.

“Masa saya sekolah dulu, kalau kita berdebat dan serang peribadi orang, kita akan dipotong markah. Kenapa Shabery buat perkara ini masa debat dengan Anwar?. Ini yang kecewakan ahli Umno,” kata Dalam.

 

0 Response to “Mat Dalam Cabar Shabery Di Kemaman”

Leave a Reply