sponsor by



Kemaman –- Pemuda UMNO Kemaman hari ini membuat laporan Polis terhadap lidah rasmi Pas iaitu Harakah edisi cetak dan internet berhubung penyiaran berita berkenaan meroboh masjid oleh kerajaan negeri di Rancangan Tanah berkelompok (RTB) Bujal, dekat sini.

Ketua Pemudanya, YB Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid berkata pihaknya mendapati berita yang disiarkan menerusi edisi internet (28 Mei) dan edisi cetak (30 Jun)berhubung isu terbabit merupakan satu pembohongan dan menyeleweng dari perkara sebenarnya.

Oleh itu tegas beliau pihaknya meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya supaya berita yang tidak berasas dan mengelirukan rakyat itu dapat dihentikan segera demi perpaduan umat Islam.

"Pemuda tidak mahu isu ini terus dimanipulasikan oleh Pas kerana ianya langsung tidak mepunyai fakta dan palsu semata-mata. Kita khuatir jika perkara ini berterusan ianya akan menimbulkan salah faham dan sebagainya di kalangan rakyat.

"Kita mahu tegakkan kebenaran dan bukannya mahu berpolitik. Sebenarnya kerajaan negeri tidak meroboh masjid seperti mana yang didakwa oleh Pas sebelum ini. Masjid di RTB Bujal tidak ada. Yang ada hanya markas Pas", katanya.

Beliau berkata kepada laman webPemuda sejurus membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Kemaman, dekat sini.

Pas sebelum ini mendakwa kerajaan negeri bertindak zalim dengan merobohkan masjid di kampung RTB Bujal, Kemaman.

Wan Ahmad Nizam yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menegaskan pihaknya akan berdiri teguh di belakang kerajaan negeri untuk memastikan perkara itu tidak akan terus dipergunakan oleh Pas untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Menyentuh sikap berdolak dalih Pas berhubung cabaran UMNO negeri supaya Pas bersumpah menggunakan Al-Quran berhubung isu itu, beliau berkata pihaknya sudah menjangkakan perkara itu.

Beliau berkata Pas tidak akan berani berbuat demikian kerana mereka menyedari pembohongan akan terbongkar sekiranya mereka meneruskan cabaran UMNO itu.

"Oleh itu sebagai jalan selamat, pelbagai alasan akan dikemukakan bagi menjayakan niat politik mereka untuk memanipulasikan isu tersebut dalam usaha mereka mempengaruhi rakyat", ujarnya.

 

0 Response to “Roboh Masjid : Pemuda Kemaman Buat Laporan Polis”

Leave a Reply